FLNG PERTAMA di Dunia Oleh Petronas

Tahun 2016 telah merubah persekitaran pembangunan LNG di Malaysia dengan kehadiran Petronas FLNG Satu di perairan Laut China Selatan buat pertama kali dalam sejarah LNG. PFLNG Satu berlabuh di lapangan gas Kumang (fasa satu) sejauh 180 km dari pantai Sarawak dan terikat pada pelantar minyak Kanowit ‘Alpha’.

pflng
Ehsan daripada Petronas

Konsep pembinaan FLNG sudah lama bermain di fikiran dan dipertimbangkan oleh para ‘Supermajor’ sejak dari tahun 90 an lagi. Tetapi pada masa tersebut tidak memungkinkan terbinanya FLNG atas pelbagai sebab. Pada tahun 2005, Petronas telah mengenapasti konsep FLNG dan seterusnya Keputusan Pelaburan Mukatamad (Final Investment Decision, FID) telah dicapai pada 27 Mac 2012 untuk menjadikan PFLNG Satu sebagai realiti buat negara.

12401957_10153290115142393_4528174223565726224_o
Ehsan daripada Petronas

Tujuan pembinaan FLNG adalah menyahut ‘Economic Transformation Program’ (ETP) Malaysia berdasarkan ‘National Key Economic Areas’ (NKEA) yang dilancarkan pada 25 September 2010. FLNG memainkan peranan penting dalam usaha Petronas untuk membuka rizab gas yang jauh dan terkandas di perairan Malaysia serta lapangan yang sudah matang yang jika tidak, boleh menjadi tidak menguntungkan untuk dibangunkan. Tambahan pula permintaan LNG di masa hadapan dijangkakan bakal meningkat kerana ‘cleaner burner’ dan ‘alternative fuel’ kepada ‘conventional’ hidrokarbon.

735076_10153290115782393_6427981814694311709_n
Pembinaan berlaku di limbungan Okpo, Korea. Ehsan daripada Petronas

Jika dahulu Loji LNG ditempatkan di daratan tetapi sekarang dengan adanya FLNG, proses pencairan, pengeluaran dan proses pemunggahan boleh dilakukan di luar persisir pantai. Seterusnya dihantar kepada pelanggan seperti Jepun dan Korea lebih cepat berbanding di darat

petronas-to-start-up-second-flng-unit-by-2020
Kapal MISC Seri Camellia sedang di isi LNG oleh PFLNG 1. Ehsan daripada Petronas

‘Front End Engineering Design’ (FEED) untuk PFLNG Satu telah dijalankan bermula pada Disember 2010. Pada Jun 2012, perjanjian ‘Engineering, Procurement, Construction, Installation and Commissioning’ (EPCIC) telah di amanahkan kepada Technip dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Consortium Consortium untuk membina PFLNG Satu pertama negara. PFLNG Satu di bina di Okpo, Korea Selatan

fortuna flng(2)

PFLNG Satu mampu menghasilkan 1 200 000 juta LNG setiap tahun. PFLNG Satu boleh beroperasi pada kedalaman laut dari 70 hingga ke 200 meter selama 20 tahun serta bakal memuatkan 150 orang pekerja pada satu-satu masa. Panjang PFLNG Satu adalah bersamaan lebih kurang tinggi Menara KLCC.

PFLNG-1-pdf

Selanjutnya anda boleh menonton aksi PFLNG 1 di Rak Buku Ikhwan

Sumber:

  1. Petronas
  2. Pemandu
  3. The Oil & Gas Year
  4. The Star
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s