Penajaan PETRONAS dalam F1 sudah berakhir?

Minggu lepas, saya berpeluang untuk menyaksikan perlumbaan F1 yang berkemungkinan terakhir di Malaysia. Setelah 19 tahun, mesej utama yang disampaikan oleh PETRONAS ialah “Our Story Continues”, seperti yang diposkan di FB Official PETRONAS.

Pelaburan Strategik PETRONAS

Penglibatan PETRONAS dalam sukan permotoran Formula 1 ini bermula pada tahun 1995 bersama pasukan Redbull. Kemudiannya, menjadi penaja utama untuk pasukan Sauber pada tahun 1997.

PETRONAS F1 Redbull Sponsor 1995

Ia merupakan perangkaan strategik yang mana matlamat utama adalah untuk kesedaran global jenama PETRONAS di peringkat dunia selepas pelancaran PETRONAS Twin Towers pada tahun 1998 sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia.

Dari segi peningkatan komersial, PETRONAS melangkah maju di peringkat Eropah pada tahun 2007 dengan membeli FL Selenia SPA (Sumber), syarikat Eropah yang menghasilkan dan memasarkan minyak pelincir untuk kegunaan kenderaan serta bahagian enjin. FL Selenia yang sudah beroperasi di Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Syarikat semestinya melebarkan operasi PETRONAS ke peringkat global. Kini, ia dikenali sebagai PETRONAS Lubricant International atau PLI.

Suka duka penajaan

Harapan untuk menjadikan PETRONAS Syntium sebagai minyak enjin yang disyorkan oleh jenama BMW tidak kesampaian. Ini berikutan kerjasama BMW dengan Castrol yang telah terjalin sekian lama. 

Ia semestinya sukar namun pengalaman serta nama tidak asing lagi dalam Formula 1 digunakan oleh PETRONAS untuk meterai tajaan untuk pasukan Mercedes pada tahun 2010. Kini, selebihnya adalah sejarah. Kejuaraan dunia 3 kali berturut-turut bersama pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 telah membuktikan bahawa PETRONAS mampu menghasilkan yang terbaik.

Selain PETRONAS Primax yang digunakan sebagai bahan bakar, PETRONAS Syntium digunakan sebagai minyak pelincir dan ia kini disyorkan oleh pengeluar kereta Mercedes-Benz (Sumber).

PETRONAS tidak lagi terlibat dalam F1?

Spekulasi yang PETRONAS tidak lagi akan terlibat dalam Formula 1 adalah tidak benar. Sewaktu perlumbaan F1 di Austria pada bulan Julai, Tan Sri Wan Zul mengumumkan lanjutan tajaan PETRONAS untuk pasukan Mercedes AMG PETRONAS F1 kerana beberapa sebab:

  • Penjenamaan global – meletakkan PETRONAS di peringkat dunia
  • Teknologi – platform untuk PETRONAS menghasilkan dan inovasikan produk berkaitan (Primax dan Syntium)
  • Perkongsian budaya (“high performance culture”) dengan pasukan Mercedes

Agak menarik apabila YAB Datuk Najib Razak yang juga hadir pada perlumbaan terakhir menyatakan bahawa Sepang tidak akan jadi gajah putih (Sumber).

Apa seterusnya?

Ada beberapa perkara lain yang boleh kita ikuti selepas ini:

  1. Adakah PETRONAS akan menggiatkan promosi Formula 1 di peringkat dunia memandangkan ketiadaan Formula 1 di Sepang?
  2. Adakah nilai jenama PETRONAS akan turun selepas ini?
  3. Adakah promosi untuk produk PETRONAS seperti Primax dan Syntium akan diubah mengikut perkembangan ini?
  4. Adakah bila sudah tiada semua ini, baru kita sedar apa nilai sukan permotoran F1 di Malaysia? Atau biasa sahaja.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s