Petronas Tidak Tersenarai di 250 Global Energy Company Rankings!

Kajian tahunan oleh syarikat tenaga antarabangsa S & P Global Platts mengukur prestasi kewangan syarikat menggunakan empat metrik utama: nilai aset, pendapatan, keuntungan, dan pulangan keatas modal yang dilaburkan.

Semua syarikat tersenarai mempunyai aset lebih daripada USD 5.5 bilion. Data asas dan pasaran berasal dari pangkalan data yang dikumpulkan dan dikekalkan oleh S & P Global Intelligence Market.

Platts 250 Global Energy Company Rankings

Didapati hanya 2 sahaja syarikat daripada 7 Sisters yang berjaya memasuki senarai di antara 250 syarikat tenaga dunia iaitu Gazprom dan juga Petrobras. Menakluki takhta yang paling bernilai adalah Gazprom. Gazprom merupakan hak milik kerajaan Russia. Sama seperti Malaysia iaitu Petronas.

Wakil daripada Malaysia yang berjaya meletakkan organisasi mereka adalah Tenaga Nasional Berhad dan YTL Corp Berhad. Kedua-dua syarikat ini merupakan syarikat pembekal tenaga utama kepada negara Malaysia. Masing-masing menduduki tangga ke 32 dan 192.

Kelibat Petronas selaku pelopor minyak & gas di Malaysia tidak kelihatan mahupun anak syarikatnya. Ini tidak begitu mengejutkan memandangkan Saudi Aramco selaku antara pengeluar minyak terbesar dunia juga tidak berjaya tersenarai. Kes yang sama turut berlaku kepada PDVSA

Screen Shot 2017-10-06 at 1.13.30 AM

Screen Shot 2017-10-06 at 1.14.24 AMScreen Shot 2017-10-06 at 1.14.51 AMScreen Shot 2017-10-06 at 1.15.14 AMScreen Shot 2017-10-06 at 1.15.36 AM

S & P Global Platts adalah penyedia maklumat utama yang terkemuka, harga penanda aras dan analisis untuk pasaran tenaga dan komoditi. Selama lebih dari 100 tahun, mereka telah membawakan kejituan dan ketelusan kepada pasaran tenaga dan komoditi. Di mana membolehkan syarikat, kerajaan dan individu bertindak dengan lebih mapan.

Sumber

  1. Insight oleh S & P Global Platts

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s