4 Pengurusan Kanan Syarikat Minyak & Gas Berasal Daripada Seorang Jurutera

Secara kebiasaanya, untuk memegang jawatan seorang pengurus kanan syarikat berstatus antarabangsa memerlukan seseorang mempunyai latar belakang pengurusan, akauntan mahupun kewangan. Ini selari dengan objektif syarikat untuk memandu institusi bersaiz besar menempuhi liku-liku bercabang dunia perniagaan.

Dibawah ini kami senaraikan 4 orang anak tempatan, Malaysia berjaya membuktikan bahawasanya seorang Jurutera mampu menerajui sebuah syarikat.

Raja Ahmad Murad

Raja

Raja Ahmad Murad menyertai Shell pada tahun 1989 dalam perniagaan Huluan sebagai seorang Jurutera Kemudahan (Facilities) dengan Sarawak Shell Berhad, Malaysia. Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam perniagaan Huluan dengan peranan dalam Kejuruteraan (projek, ‘front end’, reka bentuk dan pembinaan), Sumber Manusia, Penyelenggaraan dan Operasi.

Pada tahun 2004, beliau berpindah ke bahagian pembuatan hiliran sebagai Pengarah Urusan Shell Refining Company di Port Dickson sebelum pelantikannya sebagai Naib Presiden Eksekutif & Pengeluaran / Penyenggaraan GM – Saudi Aramco Shell Refinery Co (SASREF) pada tahun 2009. Sebelum menyertai Shell, beliau juga telah bekerja sebagai Jurutera projek di Tenaga Nasional Berhad, TNB dan Exxon Malaysia sejak tamat pengajian pada tahun 1983.

Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin

DB0Ps-vUMAAEoEm

Tan Sri Wan Zulkiflee bin Wan Ariffin, merupakan warganegara Malaysia berusia 55 tahun, memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Kimia dari Universiti Adelaide, Australia.

Pada tahun 2000, beliau menghadiri Program Pembangunan Pengurusan Kanan INSEAD dan Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School pada tahun 2004. Beliau telah dianugerahkan Fellowship Kehormat oleh Institusi Jurutera Kimia, United Kingdom pada bulan November 2005.

Beliau menyertai PETRONAS pada tahun 1983 sebagai Jurutera Proses yang terlibat dalam pembangunan beberapa Loji Pemprosesan Gas. Pada tahun berikutnya beliau memegang pelbagai jawatan dalam Kumpulan PETRONAS termasuk berkhidmat di Pejabat Presiden sebagai Pembantu Eksekutif kepada Presiden, Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Projek Antarabangsa OGP Perkhidmatan Teknikal dan Pengurus Besar untuk Unit Pembangunan Strategi dan Perniagaan.

Tuan Haji Rozano bin Saad

dato-rozano-saad

Tuan Haji Rozano bin Saad berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Shell Refining Company (Persekutuan Malaya) Berhad dari 8 Mei 2009 hingga 2 April 2014. Sebelum itu beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Tapak Telok Kelung (Huntsman Tioxide) dari 2004 hingga Mac 2009.

Tuan Haji bin Saad berkhidmat juga telah memegang beberapa jawatan pengurusan di syarikat seperti:

  1. ICI Holdings – Pengurus Besar (1995 sehingga 2004)
  2. ICI Holdings – Pengurus Loji (1990 sehingga 1994)

Sebelum berpeluang menjawat jawatan di bahagian pengurusan, beliau banyak menimba ilmu di alam pekerjaan di syarikat ICI. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Kolej Swansea di United Kingdom pada tahun 1984.

Beliau juga merupakan ahli Institut Jurutera Malaysia (IEM) semenjak tahun 1980. Pada tahun 2001, beliau dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Utama dan pada tahun 2004, beliau telah menerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri.

Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat

19662097358_ceb998a8b5_b

Jurutera kilang penapis, Ngau Boon Keat menubuhkan Dialog Group pada tahun 1984. Kini Dialog adalah penyedia perkhidmatan minyak dan gas yang mengkhususkan perkhidmatan di dalam terminal tangki penyimpanan, perkhidmatan kejuruteraan dan penapisan minyak mentah. Ia membina sebuah hab minyak perkhidmatan air dalam di Johor, yang dianggap sebagai versi pelabuhan Rotterdam di Asia.

Beliau juga merupakan salah seorang Jurutera ketika di awal penubuhan Petronas dan penghasilan ‘Production Service Contract, PSC’ dengan bantuan Pertamina.

 

Sumber

  1. Tuah Jebat di Petronas
  2. Forbes
  3. Shell Refining Company Annual Report
  4. Bloomberg
  5. Universiti Teknologi Petronas
  6. MPRC
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s