35 Jenis Minyak & Gas Mentah di Malaysia

Minyak mentah secara amnya kurang mendapat perhatian para pengguna. Ini kerana ianya masih belum siap diproses untuk dijadikan bahan tambah ke dalam tangki minyak kereta mahupun motorsikal.

Secara dasarnya, penanda aras minyak dunia berlegar sekitar Brent (medan minyak yang terletak di North Sea) dan juga West Texas Intermediate, WTI (medan minyak di USA). 

Screen Shot 2017-09-24 at 2.05.30 AM
Ehsan daripada S&P Platts

Di Malaysia, harga minyak mentah dirujuk kepada Brent. Secara lebih tepat adalah Asian Dated Brent (akan dikupas lebih lanjut di kemudian hari). Hampir kesemua minyak mentah Malaysia dijual pada harga ‘premium’ berbanding Asian Dated Brent. Ini adalah kerana kualiti minyak di perairan Malaysia terutamanya Laut China Selatan bermutu tinggi.

Minyak mentah Malaysia ini dibahagikan menurut Crude Oil Assays. Crude Oil Assays adalah satu ujian minyak mentah dimana secara dasarnya penilaian bahan bakar minyak mentah oleh makmal pengujian petroleum. Setiap jenis minyak mentah mempunyai ciri-ciri kimia molekul yang unik. Tiada jenis minyak mentah yang sama dan terdapat perbezaan penting dalam kualiti minyak mentah.

Malaysia mempunyai 33 jenis minyak & gas mentah yang kebanyakkannya dieksport keluar negara seperti yang disenaraikan di bawah:

  1. Tapis Blend
    • Tapis sering dirujuk sebagai “Minyak Paling Mahal di Dunia” dan berasal dari satu lapangan Tapis di Terengganu. Nilainya berasal dari fakta bahawa WTI dan Brent adalah sukar dan mahal untuk dieksport ke Asia kerana ianya adalah berkualiti yang sangat tinggi. Tapis mempunyai graviti API 45.2º dan kandungan sulfur 0.0343%. Ini adalah nombor yang luar biasa, menunjukkan bahawa Tapis sangat ringan dan sangat ‘manis’. Sayangnya, pengeluaran dari medan Tapis semakin menurun sejak tahun 1998.
    • Kualiti minyak mentah ini disumbangkan oleh 6 lapangan yang terdiri daripada Tapis, Pulai, Bekok, Tiong, Tinggi dan Kepong.
    • Kadar pengeluran sekarang adalah 300 000 tong sehari
  2. Labuan Blend
    • Mempunyai graviti API 33.2º dan kandungan sulfur 0.0917%
    • Kualiti minyak mentah ini disumbangkan oleh 5 lapangan iaitu Samarang, South Furious, ERB West, St. Joseph dan Barton
  3. Miri Light Crude
    • Mempunyai graviti API 36.27º dan kandungan sulfur 0.0825%
    • Kualiti minyak mentah ini disumbangkan oleh 7 lapangan
  4. Dulang Crude
    • Mempunyai graviti API 39.0º dan kandungan sulfur 0.037%
  5. Bintulu Crude
    • Mempunyai graviti API 26.5º dan kandungan sulfur 0.13%
    • Kualiti minyak mentah ini disumbangkan oleh lapangan Temana
  6. Bintulu Neat
  7. Bintulu Spike
  8. Terengganu Condensate
    • Mempunyai graviti API 73.1º dan kandungan sulfur 0.00%
    • Kadar pengeluran sekarang adalah 30 000 tong sehari
  9. Bintulu Condensate
    • Mempunyai graviti API 59.8º
  10. Masa
    • Mempunyai graviti API 43.2º
  11. Asam Paya
  12. Kidurong
    • Mempunyai graviti API 38.7º dan kandungan sulfur 0.096%
  13. Penara Blend
    • Mempunyai graviti API 36.6º dan kandungan sulfur 0.065%
  14. Fairley Baram Crude
    • Lapangan (field) Fairly Baram terletak berhampiran dengan negara jiran Malaysia iaitu Brunei. Mempunyai 19 takungan (reservoir) pada kedalaman 2 km di bawah dasar laut.
  15. Cakerawala Condensate
  16. Angsi Crude
    • Mempunyai graviti API 40.0º dan kandungan sulfur 0.12%
  17. Cendor Crude
    • Mempunyai graviti API 41.9º dan kandungan sulfur 0.10%
  18. Abu Blend
    • Mempunyai graviti API 37.6º dan kandungan sulfur 0.065%
  19. Kikeh Crude
    • Mempunyai graviti API 36.6º dan kandungan sulfur 0.069%
  20. Bunga Orkid
  21. Bunga Kekwa
    • Mempunyai graviti API 38.5º dan kandungan sulfur 0.040%
    • Pengeluaran maksimum harian sebanyak 40 000 tong

      Screen Shot 2017-09-24 at 3.03.44 AM
      Ehsan daripada Petronas Carigali
  22. Muda Condensate
  23. Sepat
    • Mempunyai graviti API 35.34º dan kandungan sulfur 0.065%
    • Kadar pengeluran adalah 8 800 tong sehari
  24. Berantai
    • Kadar pengeluran adalah 10 000 tong sehari
  25. Kikeh
    • Mempunyai graviti API 35.6º dan kandungan sulfur 0.069%
    • Kadar pengeluran adalah 120 000 tong sehari
  26. Kapal
  27. Kamelia Condensate
  28. Anjung Kecil
    • Rekacipta pengeluran adalah 15 000 tong sehari
  29. Bentara
  30. Kimanis Blend Crude Oil
    • Mempunyai graviti API 38.61º dan kandungan sulfur 0.06%
    • Dihasilkan di lapangan Gumusut Kakap
    • Kadar pengeluran adalah 110 000 tong sehari
  31. Kimanis Condensate
  32. Banang Crude Oil
  33. Bertam Crude Oil
    • Kadar pengeluran adalah 15 000 tong sehari
  34. Tembikai Crude Oil
    • Kadar pengeluran adalah 2 000 tong sehari
  35. Kumang Condensate

 

Screen Shot 2017-09-20 at 1.22.36 AM

Screen Shot 2017-09-20 at 1.23.02 AM
Ehsan daripada OGJ

Boleh disimpulkan di sini bahawa minyak & gas mentah yang dihasilkan di Malaysia mempunyai kualiti yang tinggi. Hanya separuh daripada hasil pengeluaran ini diproses untuk kegunaan tempatan. Manakala yang selebihnya dijual keluar negara sebagai eksport seterunya menjana ekonomi Malaysia.

 

Sumber

  1. Warta Kerajaan 1996, 2013 & 2017
  2. Oil & Gas Journal
  3. Brunei Shell Petroleum
  4. ExxonMobil
  5. Petronas Carigali
  6. SGS
  7. The Star
  8. S&P Platts

SaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSave

Advertisements

2 thoughts on “35 Jenis Minyak & Gas Mentah di Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s