Pembangunan sesebuah negara memerlukan asas yang kukuh. Asas kepada pembentukan negara adalah melalui rakyat. Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan sasaran pada tahun 2023 bahawa negara bakal mempunyai 60 000 pemegang ijazah PhD atau lebih dikenali sebagai Doctor of Philosophy. Ini merupakan satu langkah bijak dengan meningkatkan pengetahuan tenaga buruh.
Menurut International Monetary Fund, GDP Malaysia berada di belakang Singapura pada takuk USD 296.4 billion. Angka ini adalah besar jumlahnya. Tetapi adakah ianya bertepatan dengan jumlah tenaga buruh yang terdapat di dalam negara sebanyak lebih kurang 14.5 juta [1]?
Pendapatan per Kapita Malaysia
Berdasarkan kajian daripada Khazanah Research Institute – The State of Household II, pendapatan per kapita Malaysia jauh lebih rendah berbanding Singapura. Ini berlaku kerana perolehan pendapatan yang lebih tinggi dinikmati oleh Singapura yang hanya bersandarkan kepada 3.6 juta tenaga buruh [2] sahaja.

Kemorosotan Ringgit Malaysia Semenjak 2008
Perdapatan per kapita Malaysia juga dipengaruhi oleh faktor kewangan. Kekuatan Ringgit menjunam sebanyak 36.2% sepanjang 10 tahun kebelakangan ini. Secara purata sebanyak 3.6% setahun! Ini tidak termasuk kadar inflasi dalam negara secara purata pada 3% setiap tahun [3]

Langkah Pemerkasaan Tenaga Buruh
Antara salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi negara adalah melalui pelaburan modal insan. Ini dapat dilaksanakan dengan mengeluarkan pembelanjaan berbentuk biasiswa. Melalui Kementerian Pengajian Tinggi, MyBrain15 telah diwujudkan. Ini berikutan untuk memenuhi tuntutan Rancangan Malaysia ke-10.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, terdapat 23,000 pemegang ijazah PhD [4] di negara ini pada masa kini (2016). Angka ini tidak mustahil untuk dicapai dalam sela masa 7 tahun akan datang sebenarnya. Tetapi adakah rakyat Malaysia berkeinginan menyambung pengajian sehingga ke peringkat PhD?
Modal Insan Melalui Pengajian Tinggi
Pada tahun 2016, sebanyak 1 967 [5] orang warganegara Malaysia telah menamatkan pengajian PhD. Angka ini menyumbang 0.006% kepada negara. Manakala secara purata sebanyak 16.9% rakyat Malaysia yang menamatkan pengajian PhD saban tahun. Jika diambil kira jumlah pemegang PhD yang berstatus warganegara Malaysia semenjak 2005 [6] sehingga 2016, maka Malaysia mempunyai 17 149 pemegang ijazah Doktor Falsafah.
Angka ini seterusnya membolehkan Malaysia berada di dalam kelompok negara maju berdasarkan jumlah rakyatnya yang mempunyai PhD. Berdasarkan data pada tahun 2014 [7], maka Malaysia ‘mungkin’ berada di belakang India. Ini merupakan satu pencapaian besar kepada negara!

Adakah Malaysia Mampu Menghasilkan 60 000 Pemegang PhD pada 2023?
Ya. Malaysia mampu. Ini kerana menurut data yang disusun oleh Rak Buku Ikhwan, menjelang tahun 2023 Malaysia mampu mengeluarkan 60 000 siswazah PhD. Ini termasuklah siswazah dari luar negara yang melakukan penyelidikan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Sumber
- Principal Statistics of Labour Force, Malaysia 2016
- Ministry of Manpower
- Consumer Price Index Malaysia January 2016
- Higher Education Ministry maintains aim of producing 60,000 PhD holders by 2023
- Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2016
- Jumlah berkelulusan Phd di IPTA meningkat
- These countries have the most doctoral graduates